Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lenovo Melancarkan Moto E4 Plus Dengan Bateri Berkapasiti 5000mAh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lenovo Melancarkan Moto E4 Plus Dengan Bateri Berkapasiti 5000mAh

Selepas pelbagai ketirisan sebelum ini, hari ini Lenovo secara rasminya telah pun memperkenalkan telefon pintar dengan spesifikasi asas dibawah keluarga Moto E – iaitu Moto E4 dan juga Moto E4 Plus.

Moto E4

Moto E4 hadir dengan skrin bersaiz 5-inci, menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 425, dilengkapi memori 2GB RAM dan ruangan storan sehingga 16GB. Telefon pintar berspesifikasi asas ini turut dilengkapi kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Menjananya adalah bateri berkapasiti 2800mAh yang boleh ditanggalkan.

Moto E4 Plus pula merupakan telefon pintar sedikit besar, menawarkan skrin bersaiz 5.5-inci pada paparan resolusi 720p, dilengkapi cip Snapdragon 427, memori 2GB RAM, dan ruangan storan dalam pilihan 16GB atau 32GB. Telefon ini menawarkan kamera lebih berkuasa dibelakang, iaitu 13-megapixel, sementara mengekalkan kamera hadapan 5-megapixel.

Moto E4

Menariknya mengenai Moto E4 Plus adalah penggunaan bateri berkapasiti 5000mAh yang menawarkan masa penggunaan lama – apatah lagi dengan cip berkuasa rendah berkenaan.

Kedua-dua Moto E4 dan Moto E4 Plus dilengkapi sistem operasi Android 7.1 Nougat.

Buat masa ini, tarikh jualan dan pengenalan Moto E4 dan Moto E4 Plus di Malaysia masih tidak diketahui lagi. Di Amerika Syarikat, Moto E4 ditawarkan pada harga $129.99 (~RM554) sementara Moto E4 Plus pula pada harga bermula $179.99 (~RM767).



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2skuEuD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.