Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dibuang sampai digigit semut, dijangkiti kuman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dibuang sampai digigit semut, dijangkiti kuman

BAYI lelaki yang masih bertali pusat ditemui dengan kesan gigitan semut di mulut dan tepi mata berhampiran gerai menjual cendol pulut dan cucur udang di Jalan Salut Sulaman, Kota Kinabalu, hari ini.

Bayi itu ditemui pemilik gerai ketika hendak memulakan perniagaannya selepas melihat bungkusan beg yang ditinggalkan di atas tanah berhampiran gerainya itu bergerak-gerak pada 12 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan mendapati peniaga curiga dengan isi kandungan beg itu, peniaga terbabit kemudian membukanya dan terkejut apabila di dalam bungkusan itu terdapat bayi lelaki yang masih hidup.

"Peniaga itu kemudian mengalihkan bayi terbabit ke tempat teduh kerana kawasan bayi itu ditemui agak panas sebelum menghubungi polis," katanya di sini, hari ini.

Menurut Chandra, pemeriksaan mendapati bayi itu dibaluti kain di bahagian tubuhnya.

"Ketika itu bayi dalam keadaan lemah dan sudah tidak bersuara lagi kerana tiada bunyi tangisan ketika ditemui dan terdapat kesan gigitan semut di bahagian mulut dan tepi matanya.

"Selepas dirawat, bayi lelaki itu didapati dijangkiti kuman kerana ditinggalkan di kawasan yang kotor, namun keadaan bayi itu stabil dan sedang mendapat rawatan di Hospital Tuaran," katanya.

Menurutnya, setakat ini tiada suspek yang disyaki kerana menurut saksi dia hanya menyedari kehadiran bayi itu selepas terkejut beg yang ditinggalkan berhampiran gerainya bergerak.

"Saksi tidak melihat kehadiran orang lain yang meletakkan bayi terbabit di sekitar kawasan gerai jualan mereka.

"Siasatan masih diteruskan dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu Inspektor Nur Shajida Shara ditalian 0177240402 untuk membantu siasatan," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2skqhQe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.