Hi! Welcome Back and Stay Tune! Keindahan Doa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Keindahan Doa

Keindahan Doa

Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh.

Aku bukan pelajar UIA mahupun graduan UIA. Hanya sekadar ingin berkongsi sebuah keindahan tentang doa yang aku alami sendiri. Aku seorang gadis berumur 24 tahun yang baru sahaja kehilangan bapa pada 13 Ramadhan yang lepas. Alhamdulillah, bapa aku pergi dengan sangat tenang dan penuh dengan kemuliaan.

Untuk pengetahuan kalian, aku adalah anak bongsu dalam keluarga dan masih belum berkahwin. Sejak Allahyarham bapa aku sakit terlantar tahun lepas, memang akulah yang setia berada di rumah membantu mak menjaga bapa aku. Bermacam dugaan Allah kurniakan buat keluarga kami sepanjang menjaga Allahyarham. Keadaan Allahyarham sudah terlalu uzur dan tidak mampu lagi untuk sembuh seperti sediakala. Tetapi, kami sekeluarga tidak pernah putus mendoakan Allahyarham. Dan, hikmahnya, rupanya Allah dah reserved bulan Ramadhan ni untuk mengambil Allahyarham pulang kepada-Nya. Syukur Alhamdulillah.

Disaat Allahyarham menghadapi sakaratul maut dan disaat Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir, aku satu-satunya anak yang berada di sisi dan menghadap Allahyarham buat kali yang terakhir. Itu pertama kali aku benar-benar merasa kehilangan dan menghadapi sebuah kematian. Dan, kerana ini, semua adik-beradikku yang tidak berpeluang menatap Allahyarham bapa kami untuk kali yang terakhir, mengatakan bahawa aku adalah yang paling beruntung kerana diberi peluang untuk menatap Allahyarham buat kali yang terakhir. Aku bersyukur kerana aku dipilih oleh Allah tetapi aku tahu bukan saja-saja Allah memilih aku. Hatiku berdetik bahawa ini semua adalah kerana doaku ketika aku berada di sekolah menengah lagi. Ya, kerana doa.

Ketika di sekolah menengah lagi, aku sering mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku di sekeliling aku. Aku selalu khuatir apabila aku membaca tentang kisah-kisah anak-anak yang tidak dapat menemani dan menatap ibu bapa mereka di saat akhir. Jadi, aku sering berdoa kepada Allah agar Dia menjadikan aku anak yang akan menemani kedua ibu bapaku ketika mereka sedang melalui sakaratul maut dan ketika mereka menghembuskan nafas mereka yang terakhir. Aku berdoa, berdoa dan terus berdoa tanpa jemu. Akhirnya, doa yang berterusan aku panjatkan kepada Allah, telah termakbul. Akulah yang mengajar syahadah kepada Allahyarham bapaku dan akulah mengqiamkan kedua belah tangan bapaku untuk kali yang terakhir. Syukur, Alhamdulillah.

Kesimpulan kepada cerita ringkasku ini, berdoalah dengan istiqamah dan sentiasa berbaik sangka dalam doa yang kau panjatkan. Berbaik sangka bahawa doa kau pasti akan dimaqbulkan oleh Allah dan jika tidak dimaqbulkan sekalipun, pasti Allah akan menggantikan kau dengan sesuatu yang terbaik menurut-Nya. Yakin, bahawasanya Allah itu Maha mendengar apa yang diperkatakan mahupun tidak diperkatakan. Tidak ada satupun doa yang terlepas daripada pandangan Allah. Jadi, berdoalah. Minta yang baik-baik. Kita tidak tahu bila Allah angkat dan perkenankan doa kita kerana itu bukan urusan kita. Tugas kita, minta dan selebihnya kita berserah pada Allah. In sha Allah, semoga Allah menjadikan kita hamba yang redha atas ketentuannya. Wallahu Taala Alam.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Nadirahtul Aliah

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2skHUQ4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.