Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kemelut FGV dibincang dengan PM Rabu ini - Shahrir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kemelut FGV dibincang dengan PM Rabu ini - Shahrir

KEMAMAN: Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu ini untuk membincangkan jalan penyelesaian terhadap kemelut Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Shahrir berkata pertemuan itu yang dijangka berlangsung di Kementerian Kewangan, Putrajaya akan membincangkan pelbagai perkara berkaitan FGV secara lebih terperinci.

"Saya kena jumpa Perdana Menteri untuk tahu lebih lanjut apa pandangan, apa yang dimaksudkan dengan laporan-laporan mengenai FGV ini, sebab saya duduk di luar.

"Felda hanya sebagai pemegang saham terbesar dalam FGV.

"Mungkin dalam perjumpaan itu nanti akan tahu apa cadangan-cadangan yang sesuai, macam mana nak selesaikan isu ini. Insyaallah sempat sebelum raya ni. Ada lebih kurang dua minggu lagi (untuk selesaikan)," katanya.

Shahrir bercakap kepada pemberita di majlis Ihya Ramadan Warga Felda bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi Felda di Felda Kerteh 6 di sini hari ini.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2raEbAj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.