Hi! Welcome Back and Stay Tune! Guru Malaysia yang cantik rupawan, menyebabkan orang ramai berangan inginkan guru sepertinya! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Guru Malaysia yang cantik rupawan, menyebabkan orang ramai berangan inginkan guru sepertinya!

  
Auto DraftAuto Draft

Masihkah anda ingat akan guru-guru anda ketika di sekolah menengah? Mereka merupakan golongan yang berpenat lelah dalam mendidik dan memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan anak didiknya, meskipun kebanyakan daripada kita ini nakal-nakal sebenarnya.

Baru-baru ini, seorang guru telah menjadi perhatian para netizen disebabkan oleh kecantikan wajah yang dimiliki serta mempunyai gaya yang sangat versatil!

Seorang guru Malaysia, Jash Jasfri, menerusi akaun Instagramnya, memperlihatkan susuk tubuh muda remaja seakan-akan seorang pelajar sekolah.

Auto DraftAuto Draft Auto DraftAuto Draft

Guru tersebut bersama pelajarnya tidak ubah seperti rakan karib. Justeru, sudah pasti hubungan di antara mereka sangat kuat.

Auto DraftAuto Draft

Para pelajar guru tersebut tentunya rajin, mendengar setiap kata serta prestasi kehadiran ke sekolah pastinya seratus peratus!

Auto DraftAuto Draft

Menurut profilnya, guru rupawan tersebut merupakan pelajar lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dan juga merupakan seorang model muslimah sambilan.

Beliau sering menggayakan pakaian yang sopan dan berhijab namun masih lagi tampak seperti “fashionista” sebenar dalam setiap gambarnya. Untuk makluman anda semua, Jash sebenarnya adalah seorang ustazah yang mengajar ilmu agama!

Auto DraftAuto Draft

Jika anda melihat foto-foto guru itu, anda pasti akan berasa iri dengan kulitnya yang halus dan berseri-seri serta bersih daripada cela dan jerawat, di mana beliau akan turut nampak cantik walaupun tanpa mekap. Cemburunya…

Auto DraftAuto Draft

Sempena sambutan Hari Guru baru-baru ini, beliau telah mengenakan sepasang baju kurung sekolah yang lazimnya dipakai oleh para pelajar. Sudah tidak dapat dinafikan lagi, beliau saling tak tumpah seperti para pelajar sekolah!

Auto DraftAuto Draft

Anda tidak teringin ke mahu guru seperti Jash Jasfri?
Sumber : World of buzz

Era Baru



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2razWot

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.