Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pejalan Kaki Mabuk Cuba Langgar Kereta Dan Minta Duit Pampasan Konon Tercedera - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pejalan Kaki Mabuk Cuba Langgar Kereta Dan Minta Duit Pampasan Konon Tercedera


Macam-macam perkara orang akan buat demi duit! Ini terjadi kepada seorang lelaki di Singapura, Terry Loo yang sedang memandu di Pasir Ris Farmway 2. Dari jauh beliau ternampak seorang lelaki sedang berdiri di tengah-tengah jalan tersebut. 

Melihat lelaki tersebut, Terry memperlahankan kenderaannya malah sempat memberhentikan keretanya kerana bimbang dengan situasi pelik itu. Secara tiba-tiba, lelaki tadi berlari pecut ke arah keretanya. 

Menerusi rakaman 'dashcam' yang berjaya dirakam Terry, lelaki yang berpakaian kemeja T warna putih serta berseluar kuning paras lutut dengan selamba melompat ke atas kenderaannya seolah-oleh seperti dia dilanggar. 

Memetik laporan The Straits Times, lelaki itu mula menendang kereta jenis Honda Vezel yang dipandu oleh Terry. Melihat perlakuan lelaki berkenaan, Terry turun dari keretanya dan memberitahu bahawa dirinya cedera dan mahukan wang pampasan. 


"Dia tunjuk tiga jari, saya rasa dia minta Dolar Singapura 300 (RM924)," katanya. Oleh kerana diugut, Terry menunjukkan kamera pada dashboard keretanya dan lelaki itu sekaligus berhenti dari meminta wang. 

Malang buat lelaki berkenaan, pihak polis menahan suspek kerana telah menerima beberapa panggilan mengenai seorang lelaki yang bertindak menyebabkan kekacauan. 



Sumber : kaki share

Sumber :

Sumber : jubahsemalam.com

✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2raQqwt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.