Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berang tak dapat BR1M, tetak kereta Pengerusi JKKK - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berang tak dapat BR1M, tetak kereta Pengerusi JKKK


BESUT, TERENGGANU - Berang tidak dapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), seorang lelaki mengamuk dan menetak kereta milik Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) di Kampung Gong Duek, Hulu Besut, petang semalam, lapor Bernama. 

Ekoran tindakan lelaki itu, polis terpaksa menembak suspek menggunakan pistol 'taser gun M26C', malangnya tidak berkesan dan lelaki berusia 30-an melarikan diri ke dalam hutan. 

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata,sebelum kejadian itu, lelaki terbabit dilihat mengalami gangguan emosi dan cuba mengugut kedua-dua ibu bapanya yang berusia 80-an untuk mendapatkan wang. 

"Apabila cuba ditenteramkan, suspek beralih pula untuk meminta wang daripada Pengerusi JKKK itu dan dia bertambah marah apabila permintaannya tidak dilayan. 

"Walaupun empat tembakan dilepaskan ke atas tubuh mangsa termasuk pancutan air oleh Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang datang membantu, suspek masih tidak dapat ditangkap dan melarikan diri ke dalam hutan berhampiran," katanya. 

Katanya, suspek mempunyai tiga kesalahan lampau termasuk Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat dan pihak polis meneruskan usaha untuk memberkas suspek hari ini setelah memberhentikan operasi menjelang berbuat puasa semalam. 
SUMBER : http://ift.tt/1r7Yr4K

Sumber : jubahsemalam.com

✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rPM0N2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.