Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tetak kereta JKKK, berang tak dapat BR1M - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tetak kereta JKKK, berang tak dapat BR1M

Tetak kereta JKKK, berang tak dapat BR1M|Gara-Gara marah tidak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), lelaki mengamuk dan menetak kereta milik Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) di Kampung Gong Duek, Hulu Besut, semalam.

Ekoran tindakan ganas itu, pihak polis terpaksa melepaskan tembakan menggunakan ‘taser gun M26C’ tetapi tidak berkesan sehinggalah lelaki berusia 30-an itu melarikan diri ke dalam hutan.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, sebelum kejadian itu, lelaki terbabit dilihat mengalami gangguan emosi dan cuba mengugut kedua-dua ibu bapanya yang berusia 80-an bagi mendapatkan wang.

“Apabila cuba ditenteramkan, suspek beralih pula untuk meminta wang daripada Pengerusi JKKK itu dan dia bertambah marah apabila permintaannya tidak dilayan,” kata Mohd Zamri kepada media di Besut, hari ini.

Mohd Zamri berkata, suspek yang berang menuduh mangsa tidak melayani permohonan wang BRIM yang dipohonnya sebelum ini, hingga mengambil tindakan menetak bahagian belakang kereta kepunyaan mangsa.

“Walaupun empat tembakan dilepaskan ke atas tubuh mangsa termasuk pancutan air oleh Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang datang membantu, suspek masih tidak dapat ditangkap tetapi sebaliknya melarikan diri ke dalam hutan berhampiran,” katanya.

Katanya, suspek mempunyai tiga kesalahan lampau termasuk Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat dan pihak polis meneruskan usaha untuk memberkas suspek hari ini setelah memberhentikan operasi, menjelang berbuka puasa semalam.

The post Tetak kereta JKKK, berang tak dapat BR1M appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sHingQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.