Cunnya pilot AirAsia pakai tudung Naelofar! – Naelofar Hijab jadi tudung rasmi juruterbang AirAsia
Pelakon Neelofa mengembangkan lagi cabang perniagaan apabila tudung keluarannya Naelofar Hijab secara rasmi akan dipakai juruterbang wanita berhijab AirAsia.
Tudung berkenaan yang direka khas dengan fabrik istimewa berwarna putih mula dipakai juruterbang berhijab syarikat itu sejak bulan ini yang turut membabitkan sektor penerbangan jarak jauh iaitu AirAsia X.
Neelofa berkata, hijab yang dihasilkan itu amat praktikal dan bergaya yang memudahkan pergerakan pemakai.
“Hijab itu turut mempunyai simbol Naelofar Hijab yang bertatahkan kristal Swarovski untuk sentuhan akhir sesuai kepada pemakainya,” katanya.
Tambah Neelofa, sebelum dilancarkan, prototaip yang dihasilkan telah menjalani pelbagai ujian pemakaian oleh para juruterbang wanita syarikat penerbangan itu.
Sementara itu Ketua Bahagian Penjenamaan AirAsia Rudy Khaw berkata, buat julung kalinya, AirAsia berkerjasama dengan pereka hijab untuk menghasilkan hijab bagi para juruterbang wanita mereka.
Pihaknya juga turut merancang untuk bekerjasama dengan Naelofar Hijab dalam memberikan nafas baharu kepada rekaan hijab kepada semua pekerja lain di AirAsia.
Sumber: Mstar
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rQfWIB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment