Nahas helikopter Sebuyau: Cuaca buruk, juruterbang tidak biasa kawasan persekitaran
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata perkara itu dikemukakan Biro Siasatan Kemalangan Udara dalam laporan akhir nahas helikopter itu yang dimuat naik di laman web kementeriannya hari ini.
Pasukan siasatan turut mengemukakan beberapa cadangan keselamatan kepada pihak berkuasa penerbangan awam Malaysia dan Filipina.
Ia termasuk memastikan juruterbang Operasi VFR mempunyai pengetahuan luas mengenai proses membuat keputusan bila terbang dalam cuaca yang tidak menentu atau di sekitar kawasan ribut petir.Selain itu, Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC), Jabatan Penerbangan Awam (DCA) perlu mematuhi semua prosedur berkaitan tindak balas kecemasan sebagaimana dinyatakan dalam manual perkhidmatan udara.
Ia khusus mengenai masa yang sesuai bagi pengisytiharan fasa kecemasan supaya agensi mencari dan menyelamat dapat bertindak dengan sewajarnya.
Malah, juruterbang helikopter asing yang bertugas di Malaysia perlu mengetahui dan didedahkan dengan persekitaran tempatan serta cuaca sebelum beroperasi.
Pasukan siasatan mengesyorkan supaya juruterbang helikopter asing diletakkan di bawah pengawasan selama 10 jam sebelum memulakan penerbangan perseorangan.
Pada 5 Mei tahun lalu, pesawat malang itu terhempas di Batang Lupar dengan mengorbankan enam orang termasuk juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Rapas, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohamad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s85VK0
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment