Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lapan lelaki ditahan disyaki terlibat kes peras ugut guna pistol di Serdang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lapan lelaki ditahan disyaki terlibat kes peras ugut guna pistol di Serdang

KUALA LUMPUR: Polis hari ini menahan lapan lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes peras ugut menggunakan pistol di Serdang dekat sini.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata kesemua mereka berumur antara 20 dan 30 tahun yang menaiki tiga kenderaan itu ditahan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pada kira-kira 5 pagi.

"Pemeriksaan membawa kepada penemuan sepucuk pistol jenis .38 bersama lima butir peluru hidup dan siasatan mendapati ada dalam kalangan mereka mempunyai rekod (jenayah) lampau," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mereka yang ditahan dipercayai mengugut seorang kontraktor yang sedang menjalankan kerja-kerja menurap jalan di Seri Kembangan pada 3.30 pagi semalam.

"Suspek membuat ugutan akan bertindak ganas dengan menembak mangsa sebelum mereka ke sebuah pusat hiburan di kawasan sama untuk membuat ugutan sebelum melarikan diri," katanya.

Megat Mohd Aminuddin berkata polis turut merampas tiga kereta dan sebuah motosikal dalam operasi itu.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sXo4GD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.