Lelaki Ini Jadi Popular Gara-Gara Loghat Bahasa Inggerisnya & Bakat Untuk Tiru Loghat-Loghat Global Lain
Disebabkan satu video yang merakamkan dirinya bercakap loghat mat salleh yang sedap didengar, seorang pengguna Twitter menjadi popular di media sosial.
Dalam video berkenaan, lelaki yang menggunakan nama Twitter ArieffYong itu menasihati orang ramai tentang penggunaan aplikasi sayat.me - satu aplikasi yang membenarkan sesiapa sahaja mengeluarkan pendapat mengenai seseorang secara anonymous.
Tonton video itu dibawah:
— arieffyong (@arepyong) June 6, 2017Bagaimanapun, bukan nasihat itu yang menjadi tumpuan utama para netizen, tetapi loghat bahasa Inggeris Arieff.
Loghat Arieff itu seterusnya mendapat pujian dari netizen terutamanya dalam kalangan wanita sehingga ada berkata mereka cair apabila mendengarnya.
Menurut penelitian kami, Arieff pernah terkenal sebelum ini kerana kelebihan yang sama. Beliau yang bekerja sebagai pramugara pernah ditemuramah oleh mStar dan diminta bercakap dalam beberapa loghat termasuk Britain, Chinese, Nigeria, Filipina dan lain-lain.
Kerana kebolehan itu juga, Arieff diberi peluang memberi taklimat dalam kapal terbang!
Jelas sekali ianya satu bakat yang bernilai buat Arieff.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sXFfb2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment