Pekerjaan Yang Paling Tertekan di Dunia Adalah Menjadi PM – Luahan Najib Razak
Pekerjaan Yang Paling Tertekan di Dunia Adalah Menjadi PM – Luahan Najib Razak - Perdana menteri kesal rakyat bukan sahaja tidak faham sistem dan bahagian kerajaan, malah mengambil mudah usahanya. Datuk Seri Najib Razak mengakui kesal dengan sikap rakyat yang sering menyalahkannya jika berlaku sebarang masalah di peringkat bawahan.
Pekerjaan Yang Paling Tertekan di Dunia Adalah Menjadi PM – Luahan Najib Razak
“Pekerjaan yang paling tertekan di dunia adalah menjadi perdana menteri, saya boleh beri jaminan.”
Beliau berkata demikian kerana rakyat sering mengambil mudah dan tidak menghargai sumbangan dan usaha yang dilakukannya bagi memastikan negara makmur.
“Kena faham kenapa saya tekankan perkara ini, sebab mereka selalu salahkan perdana menteri. Padahal kita berada dalam kerajaan di mana kita ada cabang dan sistemnya.
Advertisement
Najib berkata, ini terbukti apabila rakyat mengeluh apabila harga bahan api naik tetapi langsung tidak mengucapkan terima kasih apabila harga bahan api turun.
“Biasanya yang dipersalahkan ialah perdana menteri. Malaysia ni pelik, kalau harga minyak naik perdana menteri yang salah. Kalau harga minyak turun tidak ada pujian.
“Sehari dua ini harga petrol turun, tidak dapat pujian pula. Sepatutnya ucap tahniah buat perdana menteri, tetapi tidak ada juga.”
Namun Najib berkata dirinya boleh uruskan tekanan dengan baik.
“InsyaAllah, semuanya akan berjalan lancar. Lebih baik sekiranya ada yang mengundi kita,” katanya sewaktu berucap di majlis bersama warga kerja Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad hari ini lapor Free Malaysia Today.
Ucapan Najib disambut gelak tawa daripada kira-kira 2,000 orang kakitangan Prasarana dari pelbagai peringkat.
Beliau menambah Prasarana selaku syarikat berkaitan kerajaan yang menguruskan pengangkutan awam harus meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka.
“Sistem pengangkutan begitu dekat di hati rakyat, kita kena pastikan sifar kesilapan. Maknanya jangan ada kecacatan dari segi perkhidmatan sehingga ada servis yang lumpuh.
“Kadang-kadang yang berlaku disebabkan kesilapan seorang juruteknik, tetapi bila sistem lumpuh, kerajaan pula yang dipersalahkan.” – MDN
✍ Sumber Pautan : ☕ The Viral News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sXSMzw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment