Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bitcoin Dan Etherium Melonjak Ke Paras Tertinggi Pada Isnin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bitcoin Dan Etherium Melonjak Ke Paras Tertinggi Pada Isnin

Bitcoin mencapai paras tertinggi terbaru pada harga $3,000 pertama kali pada sesi dagangan awal minggu ini, manakala Etherium juga meningkat ke paras tertinggi berikutan sentimen positif masa hadapan ‘cryptocurrency‘.

Bitcoin mencapai paras $3,000 dalam indeks tukaran GDAX di US yang merupakan paras tertinggi terbaru. Kali terakhir matawang ini didagang di sekitar $2,944 dan naik $64.00 atau 2.2% setakat hari ini.

Selain itu, indeks tukaran seperti Poloniex, Biffinex dan BitStamp juga menunjukkan cryptocurrency ini berada di sekitar $3,000 pada awal Isnin.

Sejak awal tahun ini, harga bitcoin telah pun melonjak sehingga 200% yang membawa kepada nilai pasaran sehingga $48 billion.

Kenaikan baru-baru ini banyak dipengaruhi oleh permintaan tinggi di Asia khususnya Jepun, China dan Korea Selatan.

Tren kenaikan yang terus positif dalam dagangan cryptocurrency memeberi kesan positif kepada satu lagi jenis matawang maya ini iaitu Etherium. Etherium pula telah meningkat ke paras tertinggi $379.00 pada Isnin. Ini menunjukkan kenaikan sebanyak 3,000% sejak setahun lepas.

Etherium hanya didagang dengan nilai $14.39 setahun yang lepas. Kini Etherium didagang di sekitar $396.67 setakat pukul 10.10 malam pada Isnin.

The post Bitcoin Dan Etherium Melonjak Ke Paras Tertinggi Pada Isnin appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2seSqHA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.