Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ibu Bapa Eksploitasi Anak Boleh Hilang Hak Penjagaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ibu Bapa Eksploitasi Anak Boleh Hilang Hak Penjagaan


ALOR SETAR – Tindakan ibu bapa atau penjaga yang mengeksploitasi kanak-kanak bagi tujuan kepentingan diri sendiri seperti mahu membalas dendam boleh kehilangan hak penjagaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pihaknya boleh menyerahkan hak penjagaan kepada anggota keluarga terdekat dan sekiranya tiada yang layak, barulah kanak-kanak tersebut diletakkan di bawah penjagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

“Perkara ini memang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001, begitu juga jika ibu atau bapa kita lihat tidak berkeupayaan dari segi emosi. Bagaimanapun kita perlu membuat siasatan dan melihat banyak aspek sebelum memutuskan apa-apa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra Bazar Wanita 1Malaysia di Lorong Sempit dekat sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan negeri Datuk Suraya Yaacob.

Rohani mengulas mengenai video tular dalam media sosial baru-baru ini yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun berada dalam keadaan lemah, tidak bermaya dan khayal, dipercayai diberikan dadah syabu.

Namun begitu beberapa hari selepas itu seorang wanita berusia 27 tahun yang merupakan ibu kepada mangsa, menyerah diri kepada polis dan memberitahu anaknya itu sebenarnya tidak diberikan syabu, sebaliknya video itu dibuat bertujuan untuk menyakiti hati bekas suaminya.

Sehubungan itu beliau berkata pihaknya masih menunggu siasatan lengkap daripada polis berhubung hal berkenaan dan sekiranya ibu kepada mangsa dibuktikan tidak layak untuk menjaga kanak-kanak terbabit, pihaknya akan mengambil tindakan selanjutnya.

Dalam perkembangan lain, Rohani berkata pihaknya bersedia menawarkan khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam nahas pesawat pejuang Hawk 108, di Chukai, Terengganu semalam.

“Bagaimanapun kita tahu pihak mereka (Angkatan Tentera Malaysia) sendiri ada bahagian kaunseling mereka, namun kita sedia untuk berkhidmat jika diperlukan,” katanya yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa tersebut.

Terdahulu beliau sempat melakuan tinjauan dan beramah mesra dengan peniaga di sekitar Bazar Wanita 1Malaysia selain menyampaikan sumbangan berupa beras kepada penerima bantuan JKM dan orang ramai. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rDDleB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.