Beli-belah tengah malam Ramadan petunjuk ekonomi Indonesia semakin pulih
Bulan suci Islam yang berbaki seminggu sahaja, bakal berakhir pada akhir bulan Jun.
Berdasarkan bilangan warga Indonesia yang membeli-belah sempena bulan Ramadan ini, menandakan pemulihan ekonomi dengan penggunaan persendirian merangkumi 57 peratus daripada produk tempatan keluaran kasar.
“Saya akan membeli-belah dengan lebih banyak tahun ini kerana saya baru mendapat pekerjaan,” kata Dwi Kurnia Putri, 24, sebelum memasuki kedai di pusat beli-belah Gandaria, selatan Jakarta.
“Pada masa depan, seperti banyak yang akan berubah… tetapi juga bergantung bagaimana saya menguruskan wang saya,” seloroh seorang pekerja syarikat elektrik, Putri.
Bank pusat republik itu sememangnya berharap optimisme Putri akan berjangkit, kerana pemerintah berfikiran bahawa perbelanjaan pengguna boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi untuk mencapai 5.3 peratus tahun ini, setelah berada pada paras sekitar 5 peratus pada tahun-tahun sebelumnya.
Membeli pakaian baharu sempena Ramadan dan berbuka puasa di luar bersama-sama keluarga dan rakan-rakan merupakan sebahagian daripada budaya Indonesia.“Kita yakin... pertumbuhan ekonomi yang seterusnya akan datang daripada perbelanjaan,” Dody Budi Waluyo, Ketua Jabatan Ekonomi dan Kewangan di Bank Indonesia (BI), memberitahu Reuters.
TERUS MENINGKAT
Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan pemulihan ekonomi dalam pasaran pengguna Asia ketiga terbesar dan populasi umat Islam terbesar di dunia itu.
Tinjauan Bank Indonesia menunjukkan keyakinan pengguna pada Mei adalah paling tinggi sejak tahun 2000.
Pertumbuhan pinjaman telah mencapai 9 peratus, dan tahap pengangguran telah menurun dengan stabil.
Pertumbuhan eksport dijangkakan melebihi 15 peratus pada bulan Mei menjadi petanda yang baik untuk tenaga kerja besar yang bekerja dalam sektor ini.
“Jangkaan sektor runcit sempena Ramadan ini adalah musim ini menjadi masa yang lebih sibuk berbanding apa yang pernah mereka lihat,” kata Ketua Firma Perunding McKinsey, Ali Potti.
PENDAPATAN VAT BERTAMBAH BAIK
Pusat beli-belah Jakarta menganjurkan jualan murah pada hujung minggu yang berbeza kerana memahami bahawa kesesakan di kota menyukarkan pembeli untuk berkunjung dari satu tempat ke tempat yang lain.
Stefanus Ridwan, Pengarah Presiden PT Pakuwon Jati Tbk, sebuah syarikat hartanah yang beroperasi di Gandaria berkata, keputusan jualan tengah malam Sabtu yang lepas adalah 'baik' dan pusat beli-belah tersebut didapati 'lebih meriah', berbanding tahun lalu.
"Sudah tentu hasil daripada cukai telah bertambah baik.
“Saya berbual dengan peruncit… dan mereka berpendapat bahawa peningkatan telah bermula sejak Mei," kata Ketua Pejabat Dasar Fiskal Kementerian Kewangan, Suahasil Nazara.
Peruncit juga berpendapat bahawa pemulihan telah bermula.
Fetty Kwartati, yang merupakan Setiausaha Korporat PT Mitra Adiperkasa, iaitu syarikat yang mengendalikan jenama seperti Zara dan Starbucks, menjangka syarikat tersebut untuk menunjukkan kenaikan pertumbuhan jualan sebanyak 13 peratus tahun ini, tetapi beliau tetap 'berhati-hati'.
“Yang paling buruk telah berakhir,” ujar Fetty.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rDN7xz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment