Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pasangan Tawar RM360,000 Kepada Orang Gaji Yang Sanggup Bekerja di Rumah Mereka Selepas 5 Yang Lain Melarikan Diri Kerana Berhantu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pasangan Tawar RM360,000 Kepada Orang Gaji Yang Sanggup Bekerja di Rumah Mereka Selepas 5 Yang Lain Melarikan Diri Kerana Berhantu

Foto hiasan.
Sanggupkah anda bekerja sebagai pembantu rumah dengan gaji RM360,000 (RM30,000 sebulan)? Tapi sebelum mengangguk kepala tanda setuju, anda perlu tahu bahawa pada tahun lepas, sudah lima orang pembantu rumah melarikan diri dari rumah terbabit kerana dikatakan berhantu.


via GIPHY

Satu pasangan dari Scotland sanggup menawarkan gaji semahal itu kepada sesiapa sahaja yang sanggup bekerja sebagai pembantu rumah mereka asalkan tidak melarikan diri sebagaimana pembantu-pembantu rumah sebelum ini.

Menurut satu iklan yang diletakkan di Childcare.co.uk, pasangan itu berkata mereka sedang mencari pembantu rumah yang boleh bekerja dan tinggal di rumah mereka di Scottish Borders. Iklan itu menyebut, selain gaji yang mahal, pembantu rumah itu juga akan mendapat bilik dengan dapur peribadi dan cuti 28 hari setahun.

"Kami telah tinggal di rumah ini selama 10 tahun. Ketika membeli, kami diberitahu ianya berhantu tapi kami tidak mengedahkan amaran tersebut. 

"Lima orang pembantu telah lari dari jawatan itu pada tahun lepas, yang mana setiap satunya memberi alasan mereka diganggu dengan insiden ghaib, termasuk bunyi-bunyi pelik, kaca pecah dan perabut bergerak-gerak.

"Ini jelas satu tempoh yang mencabar buat anak-anak kami. Secara peribadinya, kami langsung tidak mengalami sebarang kejadian ghaib, memandangkan kejadian itu dilaporkan berlaku hanya bila kami tiada di rumah. 

"Kami juga sanggup membayar harga yang lebih tinggi dan kini mencari orang yang sesuai dalam kadar yang segera." tulis iklan terbabit.

Jika anda tidak kisah berpindah ke Scotland dan tidak takut berhadapan dalam situasi-situasi seram seperti dalam cerita 'The Conjuring', dipersilakan untuk melihat iklan itu di sini.


via GIPHY



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sxnJ0q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.