Hi! Welcome Back and Stay Tune! Luahan Hati Pekerja Tak Dapat Bonus Sehingga Menangis Menyentuh Hati Banyak Netizen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Luahan Hati Pekerja Tak Dapat Bonus Sehingga Menangis Menyentuh Hati Banyak Netizen


Dengan raya yang bakal menjelma, sudah pasti ramai yang sedang membuat persiapan raya terutama bagi mereka yang mempunyai anak-anak sudah pasti persiapan anak-anak lebih diutamakan. 

Bagi penjawat awam mungkin boleh bernafas lega dengan bantuan bonus raya dari kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri. Bagi yang tidak mendapat bonus mungkin agak 'sesak' sedikit dengan kos sara hidup yang meningkat. 

Bagi Tom Yana, raya tahun ini mungkin agak muram kerana keputusan majikannya tidak memberinya bonus raya. Luahan hati beliau mendapat perhatian netizen sehingga dikongsi lebih 4 ribu kali oleh netizen. Berikut adalah luahan hati Tom Yana. Bukanlah niat memburukkan mana-mana pihak tapi ianya lebih kepada luahan hati seorang pekerja. 



'Niat aku bukan untuk burukkan nama syarikat tapi nak buka mata orang atasan terhadap kami2 pekerja bawahan'

Kepada Dato p*********A yang dihormati 

Saya sebagai perkerja bawahan kurier poslaju NP1 buat status ini bukan untuk burukkan syarikat tetapi harus di ingat kami perkerja bawahan bermain dengan hujan panas bermandi peluh berlapar dahaga dibawah matahari terik sepanjang hari keluar seawal jam 4pagi masuk kerja balik selewat 9mlm.

kerja penat lelah semput sampai sakit2 masuk keluar hospital. sabtu kadang2 ahad kami korabankan masa dengan keluarga demi tanggung jawab tapi ini hasil nya pihak atasan bagi kami . 

Rm 0 bonus saya dapat tahun ni dengan markah prestasi 44.9 sebelum ini sudah 4tahun merasa prestasi tahap 2 tapi takpa ada juga hasilnya walau sedikit . Kami ada anak bini juga untuk diberi makan diberi pakai lagi2 untuk hari raya akan tiba ini . 

Saya tahu kadang2 saya melawan ketua, mc disebab kan sakit saya tetapi ini kah pembayaran tahunan kerja sepanjang tahun ini. Saya di luar pejabat cuba buat kerja sehabis mungkin kadang2 sampai malam sebab saya fikir memamg tanggung jawab saya seorang kurier. 

Tolong beri sikit timbang rasa dengan gaji kami yang kecil tidak seberapa ini manahu bayar rumah,kereta,bil2 pakai makan dan lain2.diharap Status ini dapat Sampai ke DATO P********A cuba pertimbangkan balik apa yang saya luahkan. Xpernah saya menangis bila lihat surat ini , ini kali pertama saya menangis disebabkan mengenangkan anak isteri untuk dibeli segalanya raya ini . 

Mohon kawan2 share moga2 sampai ke Dato p*********a .. Minta maaf andaikata saya silap dan beri kurang senang pada sesetengah pihak. Salam dari staff 7 tahun P*****U kl. Sekian rintihan kurier np1. 

Bukan hendak mencari siapa salah dalam hal ini, tapi jika majikan tidak dapat memberi bonus, mungkin ada sebabnya kenapa. Semoga kita menjadi pekerja yang berdedikasi dan amanah dengan tanggungjawab diberi. Anggap sahaja tahun ini tiada rezeki dan cuba ambil dengan positif dan menambah baik kualiti kerja. - www.kakishare.my

Koleksi video viral edisi 2017




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2taqiTR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.