Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pukul isteri angkara basuh ayam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pukul isteri angkara basuh ayam

Sinar Harian
Pukul isteri angkara basuh ayam
Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah untuk menjalani hukuman.
SEREMBAN - Seorang buruh kasar dijatuhi hukuman penjara selama sebulan dari tarikh ditangkap oleh Mahkamah Majistret Seremban, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah mencederakan isterinya.

Radzuan Jaafar, 36, dituduh memukul kepala dan bahu kiri isterinya menggunakan tangan dalam satu pertengkaran yang berpunca daripada salah faham antara kedua-duanya pada 11 Jun lalu.
Insiden tersebut berlaku di kediaman mereka di Kampung Jun Jun, Mantin, Nilai kira-kira jam 3.30 petang.
Tertuduh tidak puas hati dengan cara isterinya membasuh ayam yang dikatakan tidak bersih dan masih ada darah, selain isterinya itu turut didakwa melawan cakapnya.
Kekasaran berbentuk fizikal yang dilakukan tertuduh terhadap Norain Abdullah, 24, mengakibatkan benjol di kepala dan lebam pada lengan kiri wanita berkenaan.
Oleh itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun.

Sebelum itu, tertuduh merayu kepada mahkamah agar dikenakan hukuman paling ringan berikutan perlu menanggung keluarga.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Soo Kok Weng, manakala tertuduh tidak diwakili peguam semasa prosiding dijalankan.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rziOg6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.