Rusia Dakwa Mereka Telah Berjaya Bunuh Ketua ISIS, Abu Bakr al-Baghdadi
Rusia mendakwa mereka telah membunuh ketua kumpulan militan ISIS menerusi satu serangan udara ketika ketua-ketua militan terbabit sedang bersidang di Syria.
Kementerian Pertahanan Rusia berkata pada Jumaat, Abu Bakr al-Baghdadi terbunuh dalam satu serangan udara yang diketuai Rusia pada hujung Mei, bersama beberapa pemimpin senior lain.
Kementerian itu berkata, serangan udara pada 28 Mei yang mensasarkan persidangan di Raqqa itu juga berjaya membunuh 30 pemimpin kelas pertengahan dan 300 militan lain.
Katanya lagi, serangan itu dilakukan ketika pemimpin IS sedang berbincang mengenai penarikan kumpulan itu dari Raqqa.
Selain itu, mereka juga berkata pihak tentera telah mula merancang serangan selepas mendapat maklumat pemimpin IS itu akan berkumpul untuk persidangan terbabit.
Tentera Rusia telah menghantar dron untuk memantau kawasan itu sebelum menghantar sekumpulan jet pejuang Su-34 dan Su-35 untuk mengebom kawasan terbabit.
"Menurut maklumat yang telah disahkan menerusi beberapa saluran, ketua IS Abu Bakr al-Baghdadi turut menghadiri persidangn itu dan terbunuh dalam serangan berbabit," kata Rusia dalam satu kenyataan.
Sumber: Metro.co.uk
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sxIQj5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment