Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanak-kanak cedera dilanggar lari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanak-kanak cedera dilanggar lari

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki cedera dilanggar sebuah motosikal dalam kejadian malam Khamis lalu, lapor mStar.

Dalam kejadian di persimpangan pusat beli-belah The Strand Kota Damansasra, mangsa, Rayfan cedera di bahagian kepala, kedua-dua tangan dan hidungnya berdarah.

Menurut rakan bapa mangsa, Ash Halip, yang memuat naik gambar-gambar itu berkata, mangsa dilanggar sebuah motosikal, yang kemudian terus melarikan diri tanpa mengendahkan mangsa yang cedera dilanggarnya itu.

credit: TheReporter

Bagaimanapun, nombor pendaftaran bahagian belakang motosikal itu tertanggal dan kini dijadikan sebagai bukti untuk mengesan suspek kejadian.

Hasil semakan netizen berdasarkan nombor pendaftaran motosikal itu mendapati, sebanyak empat saman lalu lintas yang telah dilakukan. Malah, insurans motosikal itu juga dipercayai sudah tamat tempoh.

Ketua Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Kamaluddin Mohammad berkata, sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berhubung insiden itu.

Walau bagaimanapun, pihak polis sedang menjejaki suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes menghubungi talian hotline 03-20529999 atau melaporkannya di balai polis berhampiran.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2srWfcS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.