Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya Ingin MATI Ketika Sedang Berceramah Atau Ketika Menyampaikan Kuliah”. Luahan Hati Ustaz Ini Buat Netizen Rasa SAYU !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya Ingin MATI Ketika Sedang Berceramah Atau Ketika Menyampaikan Kuliah”. Luahan Hati Ustaz Ini Buat Netizen Rasa SAYU !!!

“Saya Ingin MATI Ketika Sedang Berceramah Atau Ketika Menyampaikan Kuliah”. Luahan Hati Ustaz Ini Buat Netizen Rasa SAYU !!! | BATU CAVES – Walaupun disahkan menghidap kanser limfoma sejak Januari lalu, penceramah Mohamed Hanafiah Abdul Malek berazam meneruskan misi untuk berdakwah.Malah, Mohamed Hanafiah turut digelar ‘Ustaz 7-Eleven’ kerana sentiasa meluangkan masa untuk menghadiri sesi perbincangan berkaitan agama.

“Saya ingin mati ketika sedang berceramah atau ketika menyampaikan kuliah,” katanya seperti dipetik The Star

Mohamed Hanafiah, 43, juga merupakan seorang penceramah program Tanyalah Ustaz di TV9.

Beliau disahkan menghidap kanser tahap empat dan telah menjalani pembedahan pada 1 Februari lalu untuk membuang sel-sel kanser yang beratnya mencecah satu kilogram.

Menurut Mohamed Hanafiah, beliau terpaksa menjual motosikal kesayangannya, Kawasaki GTR1400 untuk membiayai kos rawatan dan kemoterapi sebanyak tiga kali.

“Kemoterapi memberi kesan yang kuat, badan saya terasa sangat lemah tetapi saya buat semua ini demi ALLAH, mungkin dapat menjadi contoh yang baik untuk ustaz-ustaz lain.

“Walaupun kesihatan kurang baik, jangan berhenti menyampaikan ilmu,” katanya.

Mohamed Hanafiah berkata, beliau memilih untuk menyibukkan diri dengan kerja daripada melayan perasaan.

“Ketika mendapat berita buruk, saya tetap menceritakan perkara yang baik kerana itu adalah tugas seorang penceramah dan pengacara motivasi, saya perlu menunjukkan contoh yang baik,” tambahnya.

Beliau turut mengingatkan umat Islam supaya memberi penekanan terhadap ibadah puasa, selain menyumbang derma di bulan Ramadan ini.

Malah, beliau juga menggalakkan umat Islam untuk menganjurkan majlis berbuka puasa demi memupuk keharmonian sesama rakyat Malaysia yang beragama lain.

“Saya mencadangkan masjid-masjid mengajak dan menyediakan meja VIP untuk masyarakat bukan Islam dan berbuka puasa bersama-sama.

“Melalui kerjasama, perasaan sayang itu akan muncul,” katanya.

Sumber : Sinar Harian



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rw1Zmm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.