Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selepas Sarawak, Sabah Tolak Pelaksanaan Cukai Pelancongan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selepas Sarawak, Sabah Tolak Pelaksanaan Cukai Pelancongan


KOTA KINABALU, SABAH - Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, menolak sebarang pelaksanaan Cukai Pelancongan yang dicadangkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz bermula 1 Julai ini, lapor Sarawak Voice

Menurut Masidi, sebarang bentuk cukai perlu disalurkan ke negeri Sabah, bukannya ke kantung Kerajaan Persekutuan.

Meskipun faham dengan langkah yang diambil kerajaan untuk menjana pendapatan dalam keadaan yang sukar, namun analisis kos dan faedah perlu dilakukan sebelum melaksanakan cukai sedemikian. 

"Pelancongan dianggap penyelamat ekonomi negara ketika negara berdepan kesukaran. Banyak pemain tidak meraih pendapatan tinggi sekarang," katanya. 

Menurut Masidi, Kabinet pada Rabu lalu ada membincangkan isu tersebut dan menyatakan cadangan cukai pelancongan itu wajar dipertimbangkan tetapi bukan pada ketika ini. 

"Yang saya hendak tekankan ialah kita dapat 'menjual' Sabah lebih baik daripada orang lain, kerana ini negeri kita dan kita tahu dengan tepat bagaimana 'menjualnya'. 

"Ramai rakyat Sabah akan kehilangan pekerjaan jika industri pelancongan terjejas dan keadaan akan bertambah buruk jika kerajaan mengambil keputusan melaksanakan cukai pelancongan," katanya.

Sumber: The Reporter


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sTGOaY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.