Ada Hati Nak 'Paw' Polis
HASRAT seorang lelaki di China mahu memperdayakan anggota polis ternyata tidak kesampaian apabila taktik penipuannya dikesan.
Dalam kejadian yang berlaku di Heifei, wilayah Anhui, seorang lelaki yang tidak dinamakan cuba menipu seorang anggota polis yang memandu sebuah kereta polis dengan mendakwa anggota penguatkuasa itu melanggarnya.
Malah satu rakaman kamera keselamatan menunjukkan lelaki berkenaan berbaring di atas jalan raya ketika dihampir oleh kenderaan polis itu.
Tidak termakan dengan tipu daya lelaki terbabit, anggota polis berkenaan kemudiannya bertindak meminta bantuan bagi membongkar penipuan lelaki itu.
Bimbang ditahan pihak polis, lelaki berkenaan terus bangun dan dipercayai melarikan diri selepas tindakannya untuk menipu terbongkar.
Lelaki itu dipercayai cuba menuduh anggota polis melanggarnya dan mahu meminta pampasan.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada lelaki berkenaan ditahan atau terlepas. - Mail Online
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uDBECO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment