Armada dan pemuda umno gaduh, ini komen KPN: “Memalukan, bukan budak-budak lagi”
Memalukan, itulah gambaran Tan Sri Khalid Abu Bakar terhadap insiden pergaduhan antara Pemuda Umno dan sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Selasa lalu.
“Mereka dah dewasa, bukan budak-budak lagi. Perkara seperti itu memalukan,” kata ketua polis negara kepada pemberita di Bukit Aman pada Khamis.
Seramai 11 orang disoal siasat polis berhubung insiden pada 24 Julai lalu apabila sayap pemuda kedua-dua parti menuduh masing-masing sebagai samseng selepas pertembungan berlaku.
Pemuda Umno dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) bertembung di hadapan pusat membeli-belah Sunway Putra menuju ke PWTC, berpunca dari tindakan Armada yang mahu menghantar jemputan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0 yang bakal diadakan pada bulan depan.
Forum tersebut akan disertai Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sumber: Mstar
Sumber Armada dan pemuda umno gaduh, ini komen KPN: “Memalukan, bukan budak-budak lagi”
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uCs82X
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment