Bahagian Mobil LG Mengalami Kerugian Kerana Jualan LG G6 Kurang Memuaskan
LG G6 ialah salah satu dari dua peranti di pasaran sekarang yang dilengkapi skrin memanjang 18:9. Dari beberapa ulasan atas talian yang telah kami baca, ramai memuji kemampuan audio yang baik peranti ini tetapi memberi komen negatif kerana ia tidak dilengkapi pemproses terkini. Laporan kewangan suku ke dua 2017 telah dikeluarkan oleh LG dan ia bukan bacaan yang menyenangkan hati pemegang saham.
Bahagian mobil LG melaporkan kerugian KRW 132.4 Billion (~RM 502 Juta) pada suku yang lalu. Kerugian ini adalah kerana harga komponen yang meningkat serta jualan LG G6 yang tidak mencapai sasaran. Sungguhpun begitu jualan peranti LG di Amerika Syarikat meningkat 13% berbanding suku yang sama tahun lalu. Di Malaysia kami sedari amat sukar mencari peranti LG dan jarang sekali ia diiklankan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uHgja2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment