Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekas suami kembali bercinta dengan Rita Rudaini? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekas suami kembali bercinta dengan Rita Rudaini?

Pada: Rabu, 12 Julai 2017
Akbar, Artis Janda, Berita Artis, Blog, Gossip Artis, Pelakon, Pembaca Berita, Rita Rudaini,

Bekas suami perkahwinan pertama Rita Rudaini iaitu Akbar Sahari dikatakan kembali menjalinkan hubungan cinta dengan aktres itu.

Akbar yang juga pengulas sukan Astro Arena bagaimanapun berkata memetik portal mStarOnline, artikel di sebuah blog hiburan pada Ahad lalu itu berunsur fitnah sehingga boleh menjejaskan reputasinya.

“Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sebuah blog hiburan yang menggambarkan seolah-olah saya dan bekas isteri saya sudah berbaik dan kembali menjalinkan hubungan mesra.

“Biarpun tidak menjelaskan secara terperinci, namun tajuk artikel yang dimuat naik itu jelas mengelirukan dan berunsur fitnah,

“Perkara ini telah menjejaskan maruah dan reputasi saya di mata masyarakat. Ia turut memberi kesan yang mendalam terhadap saya dan keluarga.

“Saya memohon agar artikel berkenaan ditarik balik dalam tempoh 48 jam serta pihak berkenaan membuat permohonan maaf bagi menggelakkan kekeliruan masyarakat,” ujar Akbar

Akbar menjelaskan mengenai artikel kononnya dia menjalinkan hubungan mesra dengan pelakon Rita Rudaini seperti disiarkan di sebuah blog beserta foto-foto peribadi termasuk ahli keluarganya tanpa kebenaran.

Akhbar mendirikan rumah tangga dengan Noorsuzilawati Mohd Noor pada 14 Mei 2005 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Akbar berkata, dia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada Isnin.

Dalam perkembangan berkaitan Rita Rudaini turut memberi amaran kepada penulis blog berkenaan agar menarik semula penyebaran berita fitnah itu dalam masa 24 jam.

Rita juga menuntut pihak berkenaan memohon maaf secara terbuka sebelum tindakan saman dilakukan.

“Saya bagi masa dalam 24 jam. Kalau tak mohon maaf secara terbuka kepada saya dan family, saya akan saman. Bukan susah nak cari siapa di sebalik blog ini. Saya tak suka cakap banyak dan tak suka maki hamun orang tapi saya seorang wanita yang berani,” kata Rita.

Tag : , , , , , , ,

The post Bekas suami kembali bercinta dengan Rita Rudaini? appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uiBBNO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.