Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suami Tetak Jari Isteri Kerana Cemburu Wanita Itu Sambung Pengajian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suami Tetak Jari Isteri Kerana Cemburu Wanita Itu Sambung Pengajian


Seorang lelaki Bangladesh yang cemburu dan tidak boleh menerima hakikat bahawa isterinya lebih pandai daripadanya, telah menetak hingga putus lima jari kanan wanita berkenaan hanya disebabkan isterinya itu menyambung pelajaran di peringkat ijazah tanpa kebenarannya.

Pada hari kejadian, Rafiqul Islam, 30, telah menutup mata isterinya, Hawa Akhter, 21, dan menutup mulut wanita itu dengan pita pelekat, dengan alasan mahu memberikan hadiah.

Dia kemudiannya mengambil pisau lalu menetak semua lima jari tangan kanan isterinya. Malah salah seorang saudaranya telah membuang jari Hawa ke dalam tong sampah bagi memastikan doktor tidak boleh menyambungnya.

Rafiqul, yang bekerja di Emiriah Arab Bersatu sebelum ini telah memberikan amaran kepada isterinya bahawa wanita itu akan berdepan dengan kesan yang teruk jika tidak berhenti daripada belajar.

“Selepas dia balik ke Bangladesh, dia mahu berbincang dengan saya. Tiba-tiba dia menutup mata dan mengikat tangan saya. Dia juga menutup mulut saya kononnya mahu beri hadiah tetapi dia sebenarnya mahu tetak jari saya,” kata Hawa.

Rafiqul telah mengaku melakukan jenayah itu selepas ditangkap di Dhaka dan dia kini berdepan dengan hukuman penjara. Aktivis wanita mahu Rafiqul dihukum penjara seumur hidup.

Sementara Hawa pula tekad untuk meneruskan pengajian dan kini dia sedang belajar menulis dengan menggunakan tangan kiri. Dia juga telah kembali menetap bersama ibu bapanya.-suaratv


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uhK8Rb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.