“Biarlah Kalau Ada Yang Kecam Vokal Saya”
Jutawan Kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida, 46, berharap single sulungnya berjudul I Am Me dapat menembusi pasaran antarabangsa dan menyamai fenomena penyanyi Korea Selatan, Psy.
Memetik laporan Harian Metro, pengasas Vida Beauty itu berkata, dia memilih lagu Inggeris sebagai single sulungnya supaya ia boleh diterima di seluruh dunia, malah dia juga tidak kisah jika nyanyiannya dikecam.
“Saya mahu menjadi penyanyi yang boleh memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Disebabkan itulah saya memilih rentak ala K-Pop serta retro dan menampilkan kelainan untuk lagu itu.
“Ini adalah lagu yang boleh dinikmati seisi keluarga dan menghiburkan. Biarlah kalau ada yang mengecam vokal saya kerana saya memang tidak mengikuti sebarang kelas vokal.
“Yang pasti, saya tidak meniru mana-mana lagu dan ia menunjukkan keaslian diri saya sendiri,” katanya yang kini bernaung di bawah KRU Music.
Menurut Vida, lagu itu bukanlah lagu mengenai produknya dan dia sedia menerima sebarang tawaran mengadakan persembahan.
“Ini adalah inisiatif terbaru saya dengan mengembangkan kerjaya dalam bidang nyanyian pula. Saya memang serius mahu menjadi penghibur dan sedia menyanyi di mana-mana acara,” katanya.
Lagu I Am Me menjadi tular sebelum Aidilfitri lalu selepas sedutannya dimuat naik di portal video Tonton.
Lirik video dan lagu ciptaan Edry Abdul Halim itu akan dilancarkan pada 14 Julai ini di pelbagai platform sosial media termasuklah YouTube, iTunes, Spotify dan lain-lain.
The post “Biarlah Kalau Ada Yang Kecam Vokal Saya” appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tHpNmB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment