Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cuepacs mahu bajet tumpu penjawat awam miliki rumah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cuepacs mahu bajet tumpu penjawat awam miliki rumah


KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs) memohon supaya kerajaan memberi lebih banyak tumpuan kepada usaha bagi membolehkan setiap penjawat awam memilik keupayaan untuk membeli rumah pada pembentanganBajet 2018.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, pihak kesatuan menyambut baik dan amat menghargai komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memastikan setiap penjawat awam memiliki rumah sendiri, namun beberapa isu perlu diberi perhatian bagi menjayakannya.


Beliau berkata, beberapa kesukaran penjawat awam dalam isu ini memerlukan pertimbangan kerajaandalam pelbagai aspek, misalnya dari segi harga rumah, keterdapatan, isu syarat-syarat pinjaman, dan juga dari segi kemampuan penjawat awam sendiri.

Katanya, pihak kesatuan amat menghargai inisiatif kerajaan mewujudkan program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang merupakan hasil cetusan idea Perdana Menteri, dan berharap ia dapat dikembangkan dengan lebih meluas lagi di bandar-bandar utama di Sarawak.

"Ia akan membantu kelestarian kehidupan penjawat awam sendiri, dan kita minta kerajaan pastikan harga rumah tidak naik terlalu tinggi terlalu pantas, sehingga menjadikan gaji penjawat awam tidak dapat menampungnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Bersama JabatanPegawaiAwam Polis Diraja Malaysia(PDRM) kontinjen Sarawak di Auditorium Pustaka Negeri di sini hari ini. - BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sOLVJb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.