Hi! Welcome Back and Stay Tune! DAP Pendusta, Tandus Isu - Khaled Nordin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DAP Pendusta, Tandus Isu - Khaled Nordin





Menteri Besar menyifatkan DAP sebagai ketandusan isu apabila mengaitkan anaknya, Akmal Saufi Mohamed Khaled, dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).



Mohamed Khaled berkata, tindakan oleh portal rasmi parti DAP itu hanya untuk mengelirukan masyarakat dengan fakta tidak benar atau pendustaan.



"Apa-apa pun, nak cakap apa pun mesti berasaskan fakta, mesti bertanggungjawab. Nampak sangat DAP ketandusan isu dan modal, tetapi cuba untuk mempengaruhi pandangan masyarakat dengan mengelirukan, memutar belitkan fakta atau mengatakan yang tidak benar," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) di sini, hari ini. 



Semalam, Roketkini.com diberi tempoh 48 jam untuk memohon maaf dan menarik balik laporan di portal rasmi parti DAP itu yang mengaitkan Akmal Saufi dengan PPBM.



Peguam Rashid Zulkifli yang mewakili Akmal Saufi, berkata surat itu sudah dihantar kepada ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur semalam, menerusi faksimili dan pos berdaftar.



Dalam kenyataannya, Akmal Saufi menegaskan dakwaan dan kenyataan yang disiarkan portal itu tidak benar dan disiarkan dengan niat untuk memfitnah.



Ditanya apakah beliau akan mengambil tindakan undang-undang, Mohamed Khaled berkata ia terpulang kepada Akmal Saufi.



Katanya, beliau percaya apa yang berlaku itu adalah satu proses pembelajaran untuk anaknya yang juga seorang peguam.



"Saya tidak mencampuri dalam urusan beliau (Akmal Saufi) kerana beliau sudah mempunyai keluarga dan kami juga tidak membincangkan hal berkaitan politik di rumah," katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tdjjsm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.