Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nora Danish ‘Ready’ Timang Cahaya Mata Kedua - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nora Danish ‘Ready’ Timang Cahaya Mata Kedua


Akui rindu untuk berbadan dua lagi, pelakon Nora Danish, sudah bersedia untuk kembali menimang cahaya mata selepas melahirkan anak pertama, lapan tahun lalu.

Kata Nora, 35, perkahwinan keduanya bersama Nedim Nazri menjadi antara sebab dia mahu memiliki anak lagi.

Pasangan itu baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 30 Mac lalu selepas beberapa tahun bercinta.

“Alhamdulillah, selepas hampir empat bulan perkahwinan kami, saya kini bersedia untuk memiliki anak semula.

“Terus terang, ia juga antara sebab utama kenapa saya berkahwin kerana rindu untuk kembali mengandung dan melahirkan cahaya mata.

“Bagi saya, anak adalah anugerah yang dikurniakan Allah sebagai pengikat kasih dan menguatkan lagi hubungan saya dengan suami. Lebih-lebih lagi, anak saya, Rayqal, sudah pun berusia lapan tahun dan dia sendiri sangat teringin mempunyai adik untuk menjadi temannya,” katanya kepada BH Online.

Nora atau nama sebenarnya, Nora Danish Mohd Hanif, menambah sejak berkahwin, dia dan Nedim sentiasa berusaha agar segera diberikan rezeki menimang anak kecil.

“Begitupun, kami bukanlah merancang, sebaliknya sentiasa berikhtiar. Semuanya saya serahkan kepada Allah dalam menentukan rezeki kami,” katanya lagi.

Sebelum ini Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal Ramli. – MYNEWSHUB.CC


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vchYU3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.