LAWATAN MENTERI KABINET KE SABAH BUKAN ‘GIMIK’
TENOM – Kerajaan Sabah terus bekerja untuk memberi perkhidmatan terbaik tanpa menghiraukan fitnah pembangkang mengenai Barisan Nasional (BN), kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman hari ini.
“Kita (kerajaan) tidak peduli apa orang atau pembangkang cakap. Biar mereka bercakap. Yang penting kita bekerja,” katanya pada majlis bersama ketua jabatan dan pemimpin masyarakat Tenom di sini.
Musa berkata kehadirannya dan menteri kabinet negeri serta pegawai kanan kerajaan ketika melawat kawasan di Sabah bukan satu ‘persembahan gimik’ seolah-olah pilihan raya umum tidak lama lagi.
“Kami bukan pemimpin bermusim. Kami bekerja setiap hari seperti setiap hari ada pilihan raya.
“BN tidak kenal masa bekerja untuk rakyat. Kami bekerja sebelum pilihan raya, semasa pilihan raya dan selepas pilihan raya,” jelasnya.
Musa juga berkata amalan turun padang telah lama diamalkan olehnya sebagai ketua menteri untuk melihat sendiri perkembangan projek pembangunan di seluruh Sabah.
Di samping itu, beliau berkata amalan itu juga memberinya peluang untuk mendengar masalah dan keperluan rakyat setempat agar keputusan dapat dibuat dengan segera.
Musa memulakan lawatan kerjanya ke Tenom dengan meninjau infrastruktur jalan raya dan program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Jalan Rundum Kemabong, Kampung Kapulu dan Kampung Katubu dekat sini.
Beliau kemudiannya mendengar taklimat pembangunan Tenom oleh Pegawai Daerah Madiyem Layapan di Taman Pertanian Tenom dan seterusnya, merasmikan Taman Herba dan menyertai Program Menanam Pokok anjuran Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di taman berkenaan.
Musa juga mengambil keputusan untuk memandu sendiri ke Kampung Kalanyaan untuk melihat sendiri pembangunan Projek Mini Estet Sejahtera (Mesej), yang akan mengusahakan penanaman pokok getah dan menyediakan 30 unit rumah untuk peserta Mesej.
Beliau mengakhiri lawatannya dengan merasmikan majlis pecah tanah pembinaan semula Hotel Tenom oleh syarikat tempatan Kianda Enterprise Sdn Bhd.
– Bernama
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tOzMZf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment