Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘RIZAL PATUT HENTI BERLAGAK SEPERTI JAGUH UNISEL’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘RIZAL PATUT HENTI BERLAGAK SEPERTI JAGUH UNISEL’

Ketua Pemuda PKR (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa pegawai khas kepada perdana menteri, Datuk Rizal Mansor berhenti berlagak seperti jaguh berhubung tuduhannya terhadap kerajaan negeri Selangor.

Nik Nazmi berkata, kebelakangan ini cybertropper Umno yang didalangi Rizal begitu rancak membincangkan isu penyelesaian pertikaian antara Universiti Selangor (Unisel) dan bekas kontraktornya, Jana Niaga Sdn Bhd.

“Apa yang lebih menjengkelkan adalah Rizal bercakap bagaikan mewakili Unisel, sedangkan pihak Unisel sendiri yang terlibat dengan proses penyelesaian pertikaian ini telah memutuskan di peringkat Lembaga Pengarah untuk terus berbincang dengan kesemua pihak berkepentingan.

“Pada masa ini, Unisel dan Jana Niaga sudah tidak ada hubungan kontrak,” katanya pada satu kenyataan media.

Menurutnya, kewangan Unisel kini kiah kukuh, malah infrastruktur universiti juga diberi suntikan melalui dana kerajaan Selangor untuk meningkatkan kualiti institusi pengajian itu.

“Rizal sepatutnya berhenti sahaja hendak berlagak seperti jaguh yang mempertahankan hak pelajar dan berhenti bercakap bagi pihak Unisel,” katanya.

Rizal (gambar) pada Ahad lalu mencabar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali menjelaskan dakwaan salah laku berhubung bayaran kepada Jana Niaga.

Beliau mendakwa bekas MB terdahulu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghentikan bayaran kepada kontraktor berkenaan apabila projek yang dianugerahkan tidak memuaskan.

Susulan itu, Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) kelmarin mengancamtindakan undang-undang terhadap mereka yang menuduh agensi itu melakukan rasuah berhubung isu berkenaan.

Menurut MBI, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Disember 2012 dan Mahkamah Rayuan pada Julai 2013 memutuskan bahawa Jana Niaga dan Unisel perlu menyelesaikan pertikaian mengikut proses timbang tara seperti yang diwajibkan di bawah kontrak kedua-dua pihak.

MBI turut menafikan bayaran sebanyak RM60 juta telah dibuat kepada Jana Niaga.

Bagaimanapun, Rizal tetap tidak berpuas hati dengan penjelasan berkenaan dan menggesa Azmin serta MBI mengemukakan bukti proses timbang tara berkenaan.

‘Jawab isu 1MDB dahulu’

Sementara itu, Nik Nazmi berkata sekiranya betul Rizal mahu ‘menjadi jaguh’, beliau perlu menjawab isu-isu yang menyelubungi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, termasuk 1MDB.

“Walaupun bukti sudah jelas dibentangkan, pelbagai tindakan diambil di negara lain di dalam kes 1MDB, tetapi mereka masih berdiam,” katanya.

Sebelum ini 1MDB disiasat di beberapa buah negara termasuk Amerika Syarikat dan Switzerland.

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) turut memfailkan tiga saman sivil bagi merampas aset bernilai AS$3.5 bilion (RM15 bilion) yang didakwa dibeli menerusi penyelewengan 1MDB.

Bagaimanapun, perdana menteri secara konsisten menafikan penyelewengan wang rakyat membabitkan syarikat itu.

Malah Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali juga sudah mengesahkan perdana menteri tidak terlibat dalam sebarang jenayah membabitkan pengurusan dana syarikat pelaburan milik kerajaan itu.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vO9inX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.