Liyana Jasmay sahkan sudah berhijab
PELAKON popular Liyana Jasmay mengesahkan dia kini tampil berhijab sekali gus menjawab teka teki banyak pihak.
Liyana, 29, berkata hari ini adalah hari pertama dia bertudung dan berdoa semoga diberikan ketetapan hati.
“Saya sebenarnya segan nak bercerita, tetapi disebabkan ramai bertanya jadi tak salah jika saya berkongsi.
“Ibu saya juga berpesan agar perlahan-lahan dalam perjalanan baru ini dan menjadi diri sendiri walau dalam apa jua situasi.
“Apa pun saya bersyukur dengan penghijrahan ini. Saya berdoa semoga terus istiqomah,” katanya kepada Harian Metro.
Liyana yang juga penyanyi lagu Oh Na Na menjelaskan keputusannya itu bukan atas paksaan atau desakan mana-mana pihak.
Liyana juga berkata, penghijrahannya itu bukan penghalang untuknya terus aktif dalam bidang lakonan dan nyanyian.
Sumber: Harian Metro
Sumber Liyana Jasmay sahkan sudah berhijab
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uZV7hJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment