Hi! Welcome Back and Stay Tune! Benarkah Limousin Kuning Hadiah Perkahwinan Tunku Tun Aminah? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Benarkah Limousin Kuning Hadiah Perkahwinan Tunku Tun Aminah?

loading…
Benarkah Limousin Kuning Hadiah Perkahwinan Tunku Tun Aminah?


Ramai pengguna media sosial yang berkongsi gambar itu mendakwa konon kenderaan mewah tersebut mungkin digunakan bagi majlis pernikahan Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bulan depan.

Bagi mengesahkan khabar angin itu, akhbar The New Straits Times menghubungi beberapa sumber mengenai spekulasi yang tersebar luas sejak kenderaan itu dihantar ke pusat pemeriksaan kenderaan pada Khamis lalu.

Satu sumber mendedahkan limousin berukuran sepanjang 11 meter itu merupakan koleksi peribadi kereta mewah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, tetapi ia tidak digunakan buat masjlis pernikahan akan datang.

“Ia hanya merupakan koleksi persendirian baginda sultan dan tidak berkait dengan majlis perkahwinan anakanda puterinya. Kenderaan import tersebut malah telah dibeli buat beberapa sekian lamanya,” menurut sumber itu.

Apabila dihubungi akhbar berbahasa Inggeris tersebut, satu sumber dari ibu pejabat Puspakom memberitahu bahawa kenderaan berkenaan sudah tiba di cawangannya di Muar pada Khamis untuk proses pemeriksaan biasa.

Limousin


“Kami tidak tahu berapa lama ia sudah berada di sana,” kata sumber tersebut. Hummer ialah jenama trak dan SUV daripada pembuatnya di Amerika Syarikat (AS) dan ia bermula dengan pembuatan kenderaan tentera negara itu.

Pada 1992, syarikat pengeluarnya mula menjual Hummer dalam versi kenderaan awam yang boleh diguna pakai pengguna bukan tentera berasaskan model asalnya High Mobility Multipurpose Wheeled Vehicle atau Humvee.

Pada 23 September tahun lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah menghadiahkan sebuah lagi limousin Hummer ditempah khas bagi kegunaan pihak pengurusan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Model berwarna putih itu disumbangkan baginda sebagai tanda penghargaan atas kejayaan pasukan JDT yang ketika itu baru memenangi Liga Super buat tiga tahun berturut-turut sejak 2014.

loading…
kongsikan artikel ini

The post Benarkah Limousin Kuning Hadiah Perkahwinan Tunku Tun Aminah? appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v1TRdR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.