Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sedikit Pemulihan US Dolar Selepas Junaman Pagi Tadi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sedikit Pemulihan US Dolar Selepas Junaman Pagi Tadi

US dolar bergerak di sekitar paras terendah 13-bulan lalu berbanding enam matawang utama dunia pada Khamis selepas kenyataan oleh The Fed dilihat menunjukkan ketidaktentuan kenaikan kadar faedah dalam beberapa bulan akan datang.

US dolar melemah secara mendadak selepas bank pusat Amerika Syarikat ini mengatakan inflasi masih lagi kekal di bawah sasaran dua peratus walaupun risiko dalam masa terdekat kepada ekonomi dilihat stabil. Sebelum ini, The Fed melihat kelemahan dalam data inflasi hanya sementara dan frasa ini telah dibuang daripada kenyataan polisi bank pusat.

Nada berhati-hati bank pusat jelas dilihat apabila mereka mengatakan tentang inflasi, di mana dalam kenyataan tersebut mengatakan kenaikan kadar faedah di masa hadapan bergantung kepada data ekonomi.

EURUSD susut 0.16% kepada 1.1715 setakat pukul 6.26 petang, jatuh dari paras tertinggi dua-setengah tahun yang lepas. Paras tertinggi (1.1777) ini dicapai pada pagi Khamis selepas pengumuman polisi Fed.

USDJPY naik 0.15% setakat ini dilihat sejajar dengan pemulihan US dolar yang lebih meluas.

Kejatuhan juga direkod dalam pasangan matawang AUDUSD dan NZDUSD yang masing-masing susut 0.11% setakat pukul 6.32 petang.

The post Sedikit Pemulihan US Dolar Selepas Junaman Pagi Tadi appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vakOgu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.