Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kakitangan Mcdonald's Kongsi Gambar Jijik Yang Didakwa Dikeluarkan Dari Mesin Aiskrim - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kakitangan Mcdonald's Kongsi Gambar Jijik Yang Didakwa Dikeluarkan Dari Mesin Aiskrim


LOUISIANA, AMERIKA SYARIKAT - Seorang individu yang mendakwa dirinya kakitangan di sebuah restoran makanan segera, McDonald's, berkongsi gambar yang didakwanya diambil dari mesin aiskrim restoran berkenaan, lapor Daily Mail.

Individu yang menggunakan nama 'Nick' di Tiwtter dan tinggal di Louisiana ini berkongsi gambar-gambar yang menjijikkan dan viral di media sosial. 

Gambar menunjukkan bekas besi yang didakwanya diambil dari mesin aiskrim yang mengandungi sisa-sisa kotor berwarna kehijauan. 



"Benda ini diambil dari mesin aiskrim McDonald's, jika ada yang tertanya-tanya apakah benda ini," tweetnya pada 14 Julai lalu dan telah diretweet sebanyak 14,000 kali dan beribu-ribu tweet dari netizen yang memberikan pelbagai reaksi. 

Nick juga memuat naik gambar mesin aiskrim tersebut dan menegaskan bahawa bekas besi yang diambilnya itu bukanlah perangkap sisa atau kotoran yang terletak di bawah mesin tersebut. 

"Gambar sisi mesin aiskrim. Ia bukan dari perangkap sisa/kotoran." 


Pada gambar ketiga, Nick menunjukkan perangkap sisa/kotoran di Twitternya jika ada yang mendakwa dia cuba menipu netizen. 

Nick kemudian memuat naik lagi beberapa gambar dalam dapur restoran yang didakwanya restoran makanan segera, McDonald's, yang jelas sekali kelihatan kotor dan berminyak. Dalam gambar itu juga, tertera logo McDonald's pada cawan. 







Menurut Nick, dia telah dipecat dari McDonald's dan dia memang sudah merancang untuk melakukan pendedahan itu kerana dia akan bekerja di tempat baru, Jumaat ini. 

"Saya dipecat dari McDonald's. Saya rancang semua ini sebab saya akan mula bekerja di tempat baru, Jumaat ini," katanya. 

Tweet Nick itu mengemparkan orang ramai dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen di seluruh dunia. 

Sehingga kini, pihak media antarabangsa masih menunggu kenyataan rasmi dari Syarikat McDonald's berhubung gambar dan dakwaan yang dimuat naik oleh Nick itu.

Sumber: The Reporter


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ePOEQi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.