Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adam AF2 Gembira Ada Lelaki Boleh Jaga Bekas Isteri. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adam AF2 Gembira Ada Lelaki Boleh Jaga Bekas Isteri.

BEKAS peserta Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Adam mengakui berasa gembira apabila mendapat tahu bekas isterinya, Fiza Abdul Halim atau Fiza Elite bertemu jodoh dengan seorang juruterbang akhir tahun lalu.


Kata Adam, dia berharap suami baru Fiza, Aizat Al-Jefri dapat melindungi dan menyayangi bekas isterinya itu dengan sepenuh hati.

“Sebenarnya selepas sahaja kami berpisah saya memang tidak henti-henti mendoakan kebahagiaannya.

“Apabila saya dapat tahu dia sudah berkahwin terus-terang saya rasa amat bersyukur dengan berita itu kerana akhirnya ada juga orang yang boleh menjaganya.

“Saya berpeluang berkenalan dengan suaminya baru-baru ini selepas kami terserempak di kedai makan yang sama dan Fiza memperkenalkan saya dengannya.

“Saya lihat suaminya seorang yang baik dan saya yakin Aizat dapat menjaganya dengan baik,” katanya kepada Astro Gempak.

Sementara itu, Adam memberitahu hubungannya dengan Fiza baik dan tidak pernah membenci bekas isterinya itu.

“Alhamdulilah hubungan kami sangat baik dan tiada apa-apa masalah.

“Dia merupakan wanita yang pernah menjadi isteri saya dan tak mungkin saya mahu membencinya.

“Saya sentiasa mendoakan yang baik-baik sahaja untuknya,” katanya lagi.

Adam dan Fiza berkahwin pada September 2013 dan bercerai sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2014 dan 2015.

Beginilah bagus kan; walaupun sudah tiada hubungan sah lagi tetapi silaturrahim masih tetap dikekalkan, bahkan saling mendoakan kebahagiaan satu sama lain!



✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eQa6or

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.