Mayat Bayi 6 Bulan Dalam Kotak
Mayat bayi lelaki berusia kurang enam bulan ditemui dalam kotak di bahu jalan di Jalan Kovil Ulu, Sentul, pagi tadi.
Mayat ditemui seorang wanita ketika menyapu sampah di kawasan berkenaan kira-kira 11.30 pagi.
Saksi berkata, kotak berkenaan sudah berada di lokasi itu sejak malam tadi.
"Bagaimanapun, seorang wanita membuka kotak berkenaan untuk memeriksa selepas terhidu bau busuk.
"Wanita kemudian menemui mayat bayi yang dibalut menggunakan tuala sebelum memaklumkan perkara itu kepada saya," katanya.
Menurutnya, seorang pekerja di kawasan lokasi menghubungi polis memaklumkan kejadian.
Pasukan forensik polis yang tiba kira-kira 12.30 membawa mayat ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.-myMetro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uEl8mc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment