Menantu Chef Wan dapat hak jagaan kekal dua anak
Hak jagaan kekal itu diberikan kepada Salahudin secara persetujuan bersama dengan Serina berdasarkan beberapa syarat dan terma lawatan yang dipersetujui bersama.
Terdahulu, pada 7 Jun lalu, Hakim Syarie, Nenney Shuhaidah Shamsudin memberikan hak jagaan sementara secara ex-parte kepada Salahudin dan Serina.
Antaranya lain, hak lawatan pada setiap hujung minggu sama ada Sabtu atau Ahad mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada Salahudin.
Kedua-dua mereka hadir di mahkamah pada hari ini.
Serina ialah anak selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.
Salahudin diwakili oleh peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Raihan Mustapha Kamal manakala Serina diwakili oleh peguam syarie, Syamimi Abdul Rahman.
Dengan perintah tersebut bermakna, isu hak penjagaan kanak-kanak tersebut diselesaikan.
Terdapat dua kes yang masih berjalan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling iaitu berkaitan nusyuz dan perceraian yang akan disebut pada 1 Ogos ini untuk diselesaikan secara baik.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Sumber Menantu Chef Wan dapat hak jagaan kekal dua anak
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tHAxz5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment