Nazir Razak pindah 5 juta saham bernilai RM31.73 juta dalam syarikat
CIMB Group Holdings Bhd memaklumkan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd mengenai pemindahan lima juta saham bernilai RM31.73 juta dalam syarikat oleh Pengerusi dan Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebasnya, Datuk Seri Nazir Razak.
Urus niaga itu yang dibuat pada 25 Julai, adalah berasaskan kepada harga RM6.3455 sesaham, kata syarikat dalam makluman kepada bursa.
Dalam emel, CIMB turut menjelaskan pemindahan itu dibuat kepada sebuah syarikat milik Nazir, oleh itu tiada perubahan benefisiari utama saham itu.
Saham bank itu meningkat 19 sen kepada RM6.59 semasa ditutup di Bursa Malaysia.
Nazir menjadi Ketua Pegawai Eksekutif CIMB pada 1 Jun 1999 dan menggalas jawatan itu susulan penggabungan dengan Bumiputra-Commerce Bank pada 2006.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi pada 1 September 2014.
-BERNAMA
Sumber: BH Online
Sumber Nazir Razak pindah 5 juta saham bernilai RM31.73 juta dalam syarikat
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2h735A5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment