Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nombor pendaftaran US (Untuk Seniman) akan dikeluarkan JPJ tidak lama lagi – US 1 hingga US 1000 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nombor pendaftaran US (Untuk Seniman) akan dikeluarkan JPJ tidak lama lagi – US 1 hingga US 1000


Pengguna kenderaan di Malaysia bakal ditawarkan dengan nombor pendaftaran istimewa ‘US’ tidak lama lagi, selepas ‘SMS’, ‘RIMAU‘, ‘PERFECT‘, ‘NAAM‘, ‘VIP‘ serta ‘GT‘ untuk tahun 2016, dan ‘PATRIOT’ pada tahun 2015.

Nombor pendaftaran istimewa terbaharu ini dikeluarkan untuk Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) di mana abjad ‘US’ berkenaan bermaksud Untuk Seniman. Walau bagaimanapun, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengeluarkan nombor pendaftaran ini dalam jumlah terhad iaitu dari US 1 hingga US 1000 sahaja, berbanding nombor lain yang dikeluarkan sehingga 9999.

Menurut persiden Seniman, Zed Zaidi, hasil penjualan nombor plat istimewa ini akan digunakan sebagai dana bagi membantu artis-artis yang bernaung di bawah persatuan berkenaan. Tambah beliau lagi bidaan terhadap nombor ini akan dibuka kepada orang awam bermula Sabtu ini, dan tender akan ditutup pada 20 Ogos hadapan, manakala mereka yang berjaya membida boleh mendaftar nombor berkenaan seawal 1 Oktober, setelah menerima kelulusan JPJ.

Harga-harga rizab telah diumumkan untuk siri plat baharu ini – US 1 dicatatkan sebagai yang paling mahal dengan harga rizab RM500,000, manakala nombor tunggal lain (dua hingga sembilan) diletakkan pada harga rizab RM250,000 setiap satu. Nombor dua digit (12 hingga 98) pula akan bermula pada harga RM25,000, kecuali US 10 yang diberikan harga rizab RM100,000. Nombor emas (contohnya 22, 55, 77 dan sebagainya) pula akan dibida pada harga bermula RM50,000.

Untuk nombor tiga digit biasa sehingga 999 pula akan dibida bermula pada harag RM3,000, kecuali nombor tiga digit emas (111, 333, 666 dan sebagainya) diberikan harga rizab RM50,000. Bagi nombor istimewa tiga digit lain (101, 515, 767, 808 dan sebagainya) diletakkan pada harga rizab RM5,000 dan nombor terakhir dalam siri ini – US 1000 – pula bakal dibida dengan harga bermula RM10,000. - Paultan


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v82oK3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.