Hi! Welcome Back and Stay Tune! DAP TERIMA SURAT RASMI ROS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DAP TERIMA SURAT RASMI ROS

PETALING JAYA – DAP telah menerima surat rasmi daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada pagi Isnin, kata Gobind Singh Deo.

“DAP telah menerima pemberitahuan rasmi mengenai keputusan RoS melalui surat pada pagi ini,” kata pengerusi Biro Undang-undang Kebangsaan DAP itu.

“Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) akan bertemu Rabu ini untuk membincangkan isi kandungannya. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan selepas itu,” katanya.

Pada 7 Julai, Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah mengeluarkan kenyataan menyatakan pihaknya tidak berhasrat untuk membatalkan pendaftaran DAP, tetapi parti itu harus mengadakan pemilihan baru untuk ahli-ahli CEC.
DAP kemudian meminta RoS untuk menghantar notisnya dalam masa 48 jam selepas parti itu berkata ia tidak menerima surat rasmi dari RoS.

Pada Ahad, Gobind berkata DAP akan menulis kepada RoS untuk menyatakan pendirian parti berhubung kenyataan itu kepada media.

– Mstar

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tilU9l

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.