Serina & Suami Hanya Berbaik Demi Anak-anak – Tetap Failkan Cerai
Pelakon dan pengacara Serina Redzuawan, 35, baru-baru ini memuat naik gambarnya sekeluarga di laman Instagram termasuk suami, Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar, sekali gus mengundang tanggapan ramai mengatakan mereka sudah berbaik.
Bahkan, kemesraan yang dipaparkan mereka empat beranak tidak sedikit pun menampakkan pergolakkan yang sedang dihadapi Serina setelah wanita itu memfailkan perceraian pada April lalu.
Menerusi laporan Utusan online, anak kepada chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail aka Chef Wan itu bagaimanapun menegaskan dia dan Salahudin tetap akan meneruskan perceraian, namun hubungan antara mereka berdua masih baik demi anak-anak.
“Selepas saya muat naik gambar tersebut, memang ada komen pengikut yang beranggapan kami sudah berbaik dan tidak akan bercerai. Tetapi, hakikatnya tidak seperti itu.
“Gambar tersebut diambil ketika kami sekeluarga berada di sekolah anak-anak bagi menghadiri aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah,” katanya.
Serina dan Salahudin bernikah pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 6, serta Isabella Saffiya, 5.
Sumber
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tiB3Hs
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment