Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cita-Cita P. Ramlee Nak Majukan Filem Melayu Gagal Kerana.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cita-Cita P. Ramlee Nak Majukan Filem Melayu Gagal Kerana..

LAKSAMANA DO RE MI ADALAH FILEM TERAKHIR SENIMAN AGONG YG DIHINA PADA 6 BULAN TERAKHIRNYA.

Baca kisah menyayat hati ni:

PADA penghujung kariernya, P. Ramlee telah dijemput ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk 'Konsert 3 Ramlee' yang menggabungkan beliau, A. Ramlee dan L. Ramlie. Bila tiba gilirannya menyanyi, penonton beramai-ramai telah 'boo' beliau yang ketika itu baru hendak membuat persembahan di pentas utama.

Pada tahun 1968, syarikat rakaman EMI yang banyak mengaut keuntungan daripada nyanyiannya bertindak MENAMATKAN kontraknya. Muka P. Ramlee merah padam apabila Mr. Devan (EMI) memberitahu beliau yang lagunya orang dah tak boleh terima dan suaranya dah tidak digemari. P. Ramlee selepas itu bersumpah tidak akan lagi bekerjasama dengan syarikat tersebut yang selama ini membuat kekayaan dari lagu-lagunya.

Punca Sebenar Cita-Cita P. Ramlee Nak Majukan Filem Melayu Gagal

Pengeluar filem Shaw Brothers yang kaya-raya hasil karya Allahyarham juga telah mengeluarkan satu surat yang KONTRAK P. RAMLEE TAK AKAN DISAMBUNG LAGI.

Tahun 1972-1973 adalah tahun yang paling sedih buat P. Ramlee kerana dia langsung takda sumber pendapatan, tiada show, tiada tawaran mengarah/ berlakon filem etc sehingga beliau dan isteri Saloma terpaksa mengambil upah dengan menyanyi di kenduri kahwin dan jadi hakim pertandingan nyanyian. Bila P. Ramlee nak buat filem warna ketika itu, semua bank menolak permohonannya untuk meminjam wang.

Cita-Cita P. Ramlee Nak Majukan Filem Melayu Gagal Kerana..

Malah RTM juga tidak menawarkan sebarang peluang untuk dia buat show/ menyanyi...bila arwah pergi ke sana untuk menemani isteri Saloma buat program, P. Ramlee hanya duduk di kantin sahaja. Dalam kunjungan terakhirnya ke Singapura untuk Pesta Filem Asia Pasifik, P. Ramlee yang ketika itu dicalonkan untuk filem Laksamana Do Re Mi, telah masuk ke dewan. Tiada siapa pun delegasi dari Malaysia yang pelawa beliau untuk duduk sekali dengan mereka...akhirnya dia cari sendiri kerusi dan duduk dengan delegasi Singapura, di belakang Aziz Sattar.

" Yam, orang dah tak peduli saya, karier saya pun orang dah tak suka...saya dah tua. Cita-cita saya nak jadikan filem Melayu lebih maju telah gagal, saya kecewa," katanya pada iparnya, Maryam. P. Ramlee mengalami masalah kewangan yang sangat teruk sampai hanya makan nasi dengan telur...

Sebelum subuh 29 Mei 1973, P. Ramlee diserang sakit jantung di rumahnya dalam usia 44 tahun dan meninggal dunia.

Kita Selalu Gelak Tengok Cerita P. Ramlee. Tapi Kita Tak Tahu Kesedihan Yang Allahyarham Pernah Alami.

(petikan dari P. Ramlee | History Channel Documentary)

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.


Sumber Cita-Cita P. Ramlee Nak Majukan Filem Melayu Gagal Kerana..

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uqXN7V

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.