Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tindakan Mahathir Bermotif Dendam – Nazri Aziz - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tindakan Mahathir Bermotif Dendam – Nazri Aziz

KUALA LUMPUR – Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad bermotifkan dendam kerana sering mengeluarkan pelbagai kenyataan berupa tohmahan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan mendakwa Dr Mahathir sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Barisan Nasional dan menganggap tuduhan yang dilemparkan bekas perdana menteri itu tidak berprinsipkan moral.

“Dr Mahathir sebenarnya kecewa dengan kekalahan anaknya (Datuk Seri Mukhriz) sebanyak tiga kali iaitu tewas kepada Khairy Jamaluddin dalam merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO, kalah jawatan Naib Presiden UMNO dan diturunkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

Ini yang menyebabkan Dr Mahathir melupakan prinsip moral yang dipegang sebelum ini dan sanggup berpakat dengan pembangkang untuk membalas dendam dalam menjatuhkan Najib,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan ‘EzCab’, aplikasi e-hailing pertama di Malaysia yang menyediakan butang SOS untuk keselamatan pengguna teksi, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan semasa politik tanah air.

Mohamed Nazri berkata pihak pembangkang juga dilihat sudah tidak relevan jika parti itu masih dibarisi pemimpin-pemimpin lama dan terus mempunyai konflik dalaman yang berpanjangan.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Nazri turut menyatakan sokongannya terhadap Ketua UMNO bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos sekiranya Jamal mahu bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti akan datang.

“Sekiranya Khairy Jamaluddin mahu melepaskan jawatan itu, dia (Jamal) boleh sahaja bertanding. Jamal adalah calon yang baik dan selagi beliau adalah ahli Umno, kenapa tidak?, Saya sokong sekiranya Jamal mahu bertanding. ” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2urzLKd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.