Hi! Welcome Back and Stay Tune! MUKHRIZ NAMPAK ADA HARAPAN DENGAN PAS KEDAH - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MUKHRIZ NAMPAK ADA HARAPAN DENGAN PAS KEDAH

Masih ada ruang buat Pakatan Harapan (HARAPAN) mencapai persefahaman dengan PAS Kedah, kata Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Kata bekas menteri besar Kedah itu berkata walaupun HARAPAN tidak mempunyai sebarang hubungan dengan PAS di peringat nasional keadaan di negeri berkenaan adalah berbeza.

“Tiada penyelesaian tunggal dalam politik. Ada orang percaya BERSATU tidak akan menjadi sebahagian daripada HARAPAN tetapi ia akhirnya berlaku,” katanya dipetik Orienta Daily.

Mengenai kenyataan dibuat PAS Kedah mengenai cadangan mereka meletakkan calon di semua kerusi di Kedah, Mukhriz yang dijangka mengetuai usaha HARAPAN merampas negeri itu iitu berkata, ia tidak boleh dibaca secara literal.

Malah katanya beliau yakin PAS Kedah akan mempertimbangkan cadangan bekerjasama dengan HARAPAN bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang di negeri itu.

Semalam Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata parti itu akan bertanding di semua 36 kerusi dewan undangan negeri serta 15 kerusi parlimen pada PRU akan datang.

Bagaimanapun katanya keputusan muktamad tertakluk kepada kehendak PAS pusat.
Katanya keputusan itu dibuat dengan mengambil kira kewujudan blok Gagasan Sejahtera.

Mukhriz yang juga anggota dewan undangan negeri Ayer Hitam bercakap kepada media semasa menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri bagi kawasannya semalam.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u0USjX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.