Hi! Welcome Back and Stay Tune! NAZRI TAK BIMBANG, ANWAR & DR M AKAN SALING BERBUNUHAN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NAZRI TAK BIMBANG, ANWAR & DR M AKAN SALING BERBUNUHAN

Menjangkakan masa depan buruk untuk Pakatan Harapan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyifatkan regu Dr Mahathir Mohamad and Anwar Ibrahim akan “saling berbunuhan”.

“Saya rasa bagus sebab mereka akan saling bunuh membunuh antara satu sama lain,” kata menteri pelancongan menjawab soalan pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

“Saya mahu mereka mati pelan-pelan. Kalau quick death (mati cepat) tak syok,” katanya.

“Bila seorang mati, pilihan raya umum nanti ada isu lain pula. Dia orang bangkit. Jadi biar mereka mati pelan-pelan.

“Mungkin lebih baik mereka mati selepas pilihan raya umum akan datang.”

Nazri yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno bagaimanapun tidak melihat Pakatan Harapan sebagai ancaman kepada BN kerana dakwaan persengketaan dalaman itu.

HARAPAN minggu lalu memutuskan Mahathir dilantik sebagai pengerusi HARAPAN manakala Anwar pula sebagai ketua umum.

Mereka juga membentuk struktur rasmi gabungan empat parti itu dan lambang bersama, usaha bagi mencerahkan peluang berdepan BN dalam pilihan raya umum depan.
Anwar dan Mahathir terkenal dengan perseteruan lama hampir 20 tahun selepas Mahathir sebagai perdana menteri ketika itu memecat Anwar yang juga timbalannya.

Mereka bagaimanapun kembali berbaik-baik selepas berdepan musuh politik bersama, iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u0VxDz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.