Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelik Tapi Benar, Masih Hidup Tapi Sudah Diisytihar Mati - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelik Tapi Benar, Masih Hidup Tapi Sudah Diisytihar Mati


Polis bantuan terkejut apabila menerima surat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN) menyatakan dia sudah meninggal dunia.

Surat itu turut meminta lelaki berkenaan, Amran Mohamed, 45, menjelaskan baki hutang sebanyak RM1,728.50 kepada agensi terbabit.

Amran dari Taman Murni, Paka, dekat Dungun, berkata, surat bertarikh 25 Julai itu diterima isterinya, Zakiah@Normah Sulong, 43, semalam.

"Surat itu ditandatangani oleh pegawai Unit Pungutan LHDN Terengganu dan meminta isteri menjelaskan baki hutang saya yang tertunggak.

"Saya amat terkejut selepas menerima surat itu yang menyatakan saya sudah meninggal dunia sedangkan tiada apa-apa pun yang berlaku," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Amran yang bertugas sebagai polis bantuan di sebuah syarikat minyak dan gas berkata, dia tidak pernah mengabaikan soal pembayaran cukai pendapatan.

"Setiap bulan cukai pendapatan saya dipotong dan majikan membuat bayaran kepada LHDN.

"Saya pelik kenapa pihak LHDN melakukan kesilapan sebegitu sedangkan nama saya dan isteri serta alamat yang ditujukan adalah tepat," katanya.

Menurutnya, dia tidak membuat laporan polis kerana menganggap ia satu kesilapan dilakukan LHDN.

"Saya harap perkara sebegini tidak lagi berulang pada masa akan datang terhadap diri saya dan orang lain.

"Soal mati jangan dibuat main boh," katanya.-Harian Metro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v51Xm2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.